Saturday 31 May 2014

Masa Depan Seorang Insan

Assalamualaikum

sudah terlalu lama aku tidak menulis, rasanya sudah lebih 2 tahun..terlalu sibuk dengan urusan dunia, belajar, belajar dan terus belajar..kadang2 aku tidak tahu apa yang aku pelajari, kenapa aku belajar semua itu, dan untuk apa aku belajar..aku cuba mengikuti arus masa, orang belajar aku pun belajar, orang bermain aku turut bermain, dan bila orang berehat aku turut merehatkan diri..

"letih"

satu perkataan yang sering terkeluar daripada mulut aku..aku sendiri tidak tahu apa yang membuatkan aku letih..kerana aku banyak melakukan aktiviti, atau kerana aku sudah letih dengan kehidupan ini..aku tidak tahu..yang pasti, aku merasa letih..

tidak lama lagi, aku bakal mengakhiri usia belasan tahun..sedikit demi sedikit melangkah ke dunia dewasa..aku takut, aku takut untuk hidup seperti mesin..buat apa yang perlu dibuat, bukan apa yang aku mahu buat..aku lihat dunia ini terlalu kejam, pelajaran adalah yang paling penting..tanpa pelajaran, aku bagaikan tidak berguna..

alam dewasa telah lama menafikan 'bakat'..apa itu bakat? mereka katakan ia tidak penting..bakat itu hanya untuk kamu luangkan masa..kamu mahu melukis, melukis pada masa lapangmu..kamu suka menyanyi, menyanyi tatkala kamu menyiapkan assimen mu..kamu jangan biarkan bakat itu menghalang kamu dari mendapat straight A di sekolah, mahupun menghalang kamu mendapatkan 4 flat di universiti..kami mahu kamu menjadi orang yang berkerjaya! engineer, doktor, lawyer, mereka orang yg berjaya..pelukis? penyanyi? pemuzik? mereka tidak berjaya!

di alam persekolahan dahulu, aku ingat kata2 seorang motivator "tiada orang pandai atau bodoh dalam dunia ini, yang ada hanyalah orang yang rajin atau malas"..benarkah? dahulu aku hanya mengiyakan kata2 motivator tersebut..benar, rajin itu perlu untuk berjaya, tetapi benarkah semua orang boleh menjadi doktor jika mereka rajin? kini aku tersedar, kenapa wujudnya orang2 bernama Albert Einstein, Sir Isaac Newton yang dikenali diseluruh dunia? adakah hanya kerana mereka rajin? tidak, ianya kerana mereka berbakat..mereka dianugerahkan IQ yang tinggi untuk melakukan kerja mereka..bagaimana pula dengan Leonardo Da Vinci? adakah beliau menjadi pelukis hebat hanya kerana beliau rajin? juga tidak, ianya kerana beliau berbakat..bayangkan jika Einstein berusaha cuba melukis Monalisa, dan Da Vinci berusaha cuba mencipta formula fizik, adakah lukisan Monalisa akan menjadi se gah sekarang, dan formula fizik berjaya dicipta seperti sekarang?? aku rasakan tidak..mungkin mereka boleh membuat kerja itu dengan baik, tetapi mereka tidak akan mampu membuat kerja itu dengan sempurna kerana mereka memerlukan bakat..

aku tidak mampu bersuara sebagai diriku, jadi aku bersuara sebagai seorang yang lain..orang dewasa, mereka menyuruh kita menjadi itu dan ini, bila kita membantah, mereka memarahi..mereka memberi alasan bahawa keputusan mereka itu adalah yang terbaik untuk kita..mereka tahu kerana mereka lebih 'makan garam'..mereka betul bila mereka mengatakan sebegitu kepada anak yang masih di sekolah..tetapi adakah mereka masih betul untuk mengatakannya kepada anak yang banyal menyambung pelajaran di universiti? iaitu saat yg paling penting untuk menentukan masa depan mereka?

biarlah anak2 mencipta masa depan mereka sendiri..jika mereka mahu menyanyi, bimbinglah mereka untuk menjadi penyanyi yang mampu menggetarkan jiwa semangat para Muslim..jika mereka terlalu sukakan nombor, bimbing mereka untuk menjadi seorang ahli matematik yang bakal membantu agama Islam..jika mereka suka menconteng, bimbinglah mereka supaya mampu menghantar mesej Allah menggunakan lukisan mereka ke seluruh dunia..Allah mencipta setiap manusia itu berbeza, supaya kita dapat melakukan pekerjaan yang berbeza, supaya kita saling melengkapi..

"Semoga ALLAH merahmati kita semua"


4 comments:

Aku pengembara said...

Pengalaman mematangkan kita.. Keep blogging bro..

cEro said...

Kita menjadi dewasa bila kita mula membuang keseronokan zaman sebelumnya...

Jadi dewasa mmg tak seronok, sperti yg kau kata, 'menafikan bakat', itu memang betul.
Siapa kisah kita pandai melukis.
Siapa kisah kita pandai menulis.
Apa yg penting, kerja deliver.

Jadi dewasa mmg tak pernah seronok.

shada wentz said...

(y) couldnt agree more :)

Galah Panjang said...

@Aniq Bukhary: insyaAllah..trimas :)

@cEro: absolutely..

@shada wentz: trimas :)