Tuesday 17 June 2014

Pensil Keramat yang Hilang



.
.
.

*meme from Google*


pensil keramat aku yang aku selalu duk guna untuk melukis telah hilang tanpa dapat dikesan, jadi mohon jangan buat lawak hambar time cenggini..grrr! so, untuk entry kali ni terpaksa lukis pakai mouse dan software melukis yang dah berkurun aku x guna..so, maafkan hamba di atas skill melukis pakai mouse yang dh agak berkarat ni..

Saturday 7 June 2014

Cara Menangani Masalah Sosial



~Assalamualaikum~
(boleh skip perenggan 1 jika mahu)

macam2 masalah berlaku kat Malaysia sekarang ni, masalah politik, jenayah, status makanan hinggalah masalah sosial..tapi bagi aku, masalah sosial ialah antara masalah yang paling penting untuk dibendung sebab masalah ni kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja (ya, termasuk aku)..tengoklah baru2 ni berapa banyak video budak perempuan bergaduh kat sekolah sebab perebutan pakwe..sedarlah, remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin di masa depan..kalau masa remaja lagi mereka sudah membuat masalah yang teruk, agaknya apa akan jadi pada masa depan? itu soalan yang aku tak boleh jawab dengan tepat, sebab aku bukanlah ahli nujum yang mampu meramal masa depan..tapi yang pasti, lebih baik kita mencegahnya sebelum terlambat..aku taknak anak2 (bakal anak2) aku berada dalam keadaan tidak selamat walaupun di sekolah..

jadi, macam mana caranya untuk mencegah masalah sosial ini? sebenarnya banyak, tapi aku cuma ketengahkan satu cara sahaja sebab malas nak tulis panjang2, letih..

PERANAN IBUBAPA DAN PENJAGA

haa, siap di'bold'kan dan di'capital'kan lagi kauu..ya, bagi aku ini merupakan perkara paling penting..ibubapa sekarang terlalu sibuk bekerja sehingga anak2 terabai..bukan nak suruh ibubapa abaikan kerja, tidak..jadi macam mana untuk menjaga anak dengan baik? bagi duit belanja, bagi tempat tinggal, bagi makan, pi perjumpaan PIBG, tanya anak "macam mana sekolah hari ni" setiap kali diorang balik sekolah? naaa, itu tak cukup untuk mendidik seorang anak dengan baik..ibubapa sepatutnya selami hidup anak2..

-> apa yang diorang buat masa kat sekolah? pergila jumpa guru kelas diorang sebulan sekali selain perjumpaan PIBG..face to face dgn cikgu dan tanya macam mana anak kita kat sekolah, bukannya face to face nak pukul cikgu sebab cikgu tarik telinga anak (puii, ini ibubapa lahanat)..kalau pi tanya "macam mana sekolah hari ni" kat anak, anak mana nak bagitau dia stim tengok kucing betina masa kat sekolah tadi?

-> tahu apa yang diorang sembunyikan terutama anak perempuan..x kirala dalam bilik ke, dalam fesbuk ke, atau dalam fon..tapi kalau fon anak laki mungkin isu sensitif la, so baik takyah check( haha)..pagi2 lepas anak pergi sekolah, ibubapa masukla bilik anak, check dalam laci, dalam almari ada apa..masa aku kat sekolah menengah dulu nak sorok komik pon x boleh, balik sekolah je kena ketuk dengan komik tersebut..laman sosial pulak, ibubapa buatla satu akaun palsu dengan nama "evan's" kat belakang kalau taknak anak curiga..add dia, lepas tu tengokla apa yang dia buat..selalu pantau dan jangan lupa like status anak kt fesbuk tu..

-> lastly, pantau dengan siapa anak2 berkawan..kalau setakat kenal kawan2 anak yang selalu datang ambik anak tu x cukup, tu pon setakat kenal muka dengan nama je kan..paling elok, ibubapa cari classmate anak yang baik2, student2 top tu, pastu selalu la tanya macam mana perangai anak2 tu..kalau dia susah nak bagitau, ajak la makan kepsi ke, subway ke (digalakkan boikot McD)..tadi tanya guru, ni tanya kawan dia pulak..sebab perangai anak2 anda berbeza bila duk dengan cikgu dan kawan..biasanya belang hanya akan ditunjuk depan kawan2 je..

penulisan di atas hanyalah luahan, pandangan dan pengalaman penulis sendiri sebagai seorang remaja yang sedang melangkah ke alam dewasa..penulis memohon maaf jika ada menyinggung perasaan mana2 pihak, dan jika bercanggah pendapat dengan penulis, maklumkan bantahan anda dengan sopan di ruang komen..sekian wassalam

Tuesday 3 June 2014

Tragedi di Gambang

Assalamualaikum.,

beberapa hari yang lepas, aku ke Gambang bersama keluarga atas sebab kerja ayahku sambil berholiday..kami tiba dan mencari homestay di Gambang Damai untuk diduduki selama satu malam..pada hari itu kami rehat di homestay tersebut sbb x larat untuk ke waterpark dan merancang untuk ke waterpark keesokan harinya..pada keesokan harinya, tragedi yang sangat dahsyat telah berlaku.....,

pada malam tersebut..,

*Gambang = Gambang Water Park
.
.

keesokan harinya..,

.
.


.
.

Tiba-tiba..,

.
.



ya, cuaca pada hari itu tidak baik..hujan yang kadang2 lebat itu tidak berhenti sampai petang..jadi, kami mengambil keputusan terus pulang ke rumah selepas kerja ayah siap..kami sangat kecewa..tetapi apakan daya, kami hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya..jadi kami redha dengan apa yang terjadi dan berharap diberikan peluang lain untuk merasai pengalaman di Gambang Resort tersebut..kami pulang dengan perasaan hampa..tamat..

Sunday 1 June 2014

BERWASPADA


sejak negara kita kecoh dengan DNA babi (sopan=khinzir) yang dikesan dalam beberapa 
produk Cadbury baru baru nu...,







.
.
.
.






bukan setakat coklat,
hampir semua makanan segera yg ada kat kedai pak mat seberang jalan tu aku takut nak makan...

Saturday 31 May 2014

Masa Depan Seorang Insan

Assalamualaikum

sudah terlalu lama aku tidak menulis, rasanya sudah lebih 2 tahun..terlalu sibuk dengan urusan dunia, belajar, belajar dan terus belajar..kadang2 aku tidak tahu apa yang aku pelajari, kenapa aku belajar semua itu, dan untuk apa aku belajar..aku cuba mengikuti arus masa, orang belajar aku pun belajar, orang bermain aku turut bermain, dan bila orang berehat aku turut merehatkan diri..

"letih"

satu perkataan yang sering terkeluar daripada mulut aku..aku sendiri tidak tahu apa yang membuatkan aku letih..kerana aku banyak melakukan aktiviti, atau kerana aku sudah letih dengan kehidupan ini..aku tidak tahu..yang pasti, aku merasa letih..

tidak lama lagi, aku bakal mengakhiri usia belasan tahun..sedikit demi sedikit melangkah ke dunia dewasa..aku takut, aku takut untuk hidup seperti mesin..buat apa yang perlu dibuat, bukan apa yang aku mahu buat..aku lihat dunia ini terlalu kejam, pelajaran adalah yang paling penting..tanpa pelajaran, aku bagaikan tidak berguna..

alam dewasa telah lama menafikan 'bakat'..apa itu bakat? mereka katakan ia tidak penting..bakat itu hanya untuk kamu luangkan masa..kamu mahu melukis, melukis pada masa lapangmu..kamu suka menyanyi, menyanyi tatkala kamu menyiapkan assimen mu..kamu jangan biarkan bakat itu menghalang kamu dari mendapat straight A di sekolah, mahupun menghalang kamu mendapatkan 4 flat di universiti..kami mahu kamu menjadi orang yang berkerjaya! engineer, doktor, lawyer, mereka orang yg berjaya..pelukis? penyanyi? pemuzik? mereka tidak berjaya!

di alam persekolahan dahulu, aku ingat kata2 seorang motivator "tiada orang pandai atau bodoh dalam dunia ini, yang ada hanyalah orang yang rajin atau malas"..benarkah? dahulu aku hanya mengiyakan kata2 motivator tersebut..benar, rajin itu perlu untuk berjaya, tetapi benarkah semua orang boleh menjadi doktor jika mereka rajin? kini aku tersedar, kenapa wujudnya orang2 bernama Albert Einstein, Sir Isaac Newton yang dikenali diseluruh dunia? adakah hanya kerana mereka rajin? tidak, ianya kerana mereka berbakat..mereka dianugerahkan IQ yang tinggi untuk melakukan kerja mereka..bagaimana pula dengan Leonardo Da Vinci? adakah beliau menjadi pelukis hebat hanya kerana beliau rajin? juga tidak, ianya kerana beliau berbakat..bayangkan jika Einstein berusaha cuba melukis Monalisa, dan Da Vinci berusaha cuba mencipta formula fizik, adakah lukisan Monalisa akan menjadi se gah sekarang, dan formula fizik berjaya dicipta seperti sekarang?? aku rasakan tidak..mungkin mereka boleh membuat kerja itu dengan baik, tetapi mereka tidak akan mampu membuat kerja itu dengan sempurna kerana mereka memerlukan bakat..

aku tidak mampu bersuara sebagai diriku, jadi aku bersuara sebagai seorang yang lain..orang dewasa, mereka menyuruh kita menjadi itu dan ini, bila kita membantah, mereka memarahi..mereka memberi alasan bahawa keputusan mereka itu adalah yang terbaik untuk kita..mereka tahu kerana mereka lebih 'makan garam'..mereka betul bila mereka mengatakan sebegitu kepada anak yang masih di sekolah..tetapi adakah mereka masih betul untuk mengatakannya kepada anak yang banyal menyambung pelajaran di universiti? iaitu saat yg paling penting untuk menentukan masa depan mereka?

biarlah anak2 mencipta masa depan mereka sendiri..jika mereka mahu menyanyi, bimbinglah mereka untuk menjadi penyanyi yang mampu menggetarkan jiwa semangat para Muslim..jika mereka terlalu sukakan nombor, bimbing mereka untuk menjadi seorang ahli matematik yang bakal membantu agama Islam..jika mereka suka menconteng, bimbinglah mereka supaya mampu menghantar mesej Allah menggunakan lukisan mereka ke seluruh dunia..Allah mencipta setiap manusia itu berbeza, supaya kita dapat melakukan pekerjaan yang berbeza, supaya kita saling melengkapi..

"Semoga ALLAH merahmati kita semua"