Saturday, 7 June 2014

Cara Menangani Masalah Sosial



~Assalamualaikum~
(boleh skip perenggan 1 jika mahu)

macam2 masalah berlaku kat Malaysia sekarang ni, masalah politik, jenayah, status makanan hinggalah masalah sosial..tapi bagi aku, masalah sosial ialah antara masalah yang paling penting untuk dibendung sebab masalah ni kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja (ya, termasuk aku)..tengoklah baru2 ni berapa banyak video budak perempuan bergaduh kat sekolah sebab perebutan pakwe..sedarlah, remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin di masa depan..kalau masa remaja lagi mereka sudah membuat masalah yang teruk, agaknya apa akan jadi pada masa depan? itu soalan yang aku tak boleh jawab dengan tepat, sebab aku bukanlah ahli nujum yang mampu meramal masa depan..tapi yang pasti, lebih baik kita mencegahnya sebelum terlambat..aku taknak anak2 (bakal anak2) aku berada dalam keadaan tidak selamat walaupun di sekolah..

jadi, macam mana caranya untuk mencegah masalah sosial ini? sebenarnya banyak, tapi aku cuma ketengahkan satu cara sahaja sebab malas nak tulis panjang2, letih..

PERANAN IBUBAPA DAN PENJAGA

haa, siap di'bold'kan dan di'capital'kan lagi kauu..ya, bagi aku ini merupakan perkara paling penting..ibubapa sekarang terlalu sibuk bekerja sehingga anak2 terabai..bukan nak suruh ibubapa abaikan kerja, tidak..jadi macam mana untuk menjaga anak dengan baik? bagi duit belanja, bagi tempat tinggal, bagi makan, pi perjumpaan PIBG, tanya anak "macam mana sekolah hari ni" setiap kali diorang balik sekolah? naaa, itu tak cukup untuk mendidik seorang anak dengan baik..ibubapa sepatutnya selami hidup anak2..

-> apa yang diorang buat masa kat sekolah? pergila jumpa guru kelas diorang sebulan sekali selain perjumpaan PIBG..face to face dgn cikgu dan tanya macam mana anak kita kat sekolah, bukannya face to face nak pukul cikgu sebab cikgu tarik telinga anak (puii, ini ibubapa lahanat)..kalau pi tanya "macam mana sekolah hari ni" kat anak, anak mana nak bagitau dia stim tengok kucing betina masa kat sekolah tadi?

-> tahu apa yang diorang sembunyikan terutama anak perempuan..x kirala dalam bilik ke, dalam fesbuk ke, atau dalam fon..tapi kalau fon anak laki mungkin isu sensitif la, so baik takyah check( haha)..pagi2 lepas anak pergi sekolah, ibubapa masukla bilik anak, check dalam laci, dalam almari ada apa..masa aku kat sekolah menengah dulu nak sorok komik pon x boleh, balik sekolah je kena ketuk dengan komik tersebut..laman sosial pulak, ibubapa buatla satu akaun palsu dengan nama "evan's" kat belakang kalau taknak anak curiga..add dia, lepas tu tengokla apa yang dia buat..selalu pantau dan jangan lupa like status anak kt fesbuk tu..

-> lastly, pantau dengan siapa anak2 berkawan..kalau setakat kenal kawan2 anak yang selalu datang ambik anak tu x cukup, tu pon setakat kenal muka dengan nama je kan..paling elok, ibubapa cari classmate anak yang baik2, student2 top tu, pastu selalu la tanya macam mana perangai anak2 tu..kalau dia susah nak bagitau, ajak la makan kepsi ke, subway ke (digalakkan boikot McD)..tadi tanya guru, ni tanya kawan dia pulak..sebab perangai anak2 anda berbeza bila duk dengan cikgu dan kawan..biasanya belang hanya akan ditunjuk depan kawan2 je..

penulisan di atas hanyalah luahan, pandangan dan pengalaman penulis sendiri sebagai seorang remaja yang sedang melangkah ke alam dewasa..penulis memohon maaf jika ada menyinggung perasaan mana2 pihak, dan jika bercanggah pendapat dengan penulis, maklumkan bantahan anda dengan sopan di ruang komen..sekian wassalam

4 comments:

plain83 said...

hoh?? apsal kalo fon anak lelaki baik tak payah check pulak?? no exception la, kasi check semua cukup2... heheh~ ;3

cEro said...

Aku rasa, ibubapa zaman sekarang byk yg fikir diorg dah buat yg terbaik utk anak2 diorg (walaupun hakikatnya taklah terbaik mana..),
so bila jd isu anak bermasalah, diorg akan terkejut dan mekanisme terbaik adalah salahkan orang lain, contohnya guru di sekolah dan rakan sebaya anak2...

Pretty Honey said...

hahaha....sketsa kat atas tu jugak lah yang paling best!

NuR SYaZWaNi MoHaMaD NooR said...

hakhak..scene *macam filem plak* yang kat atas tu buatkan daku teringat zaman sekolah menengah bila ada function budak pompuan bergusti. serius gua malu -.-